Thursday, March 12, 2015

memilih

ini pilihan
sama ada aku terus memilih untuk tinggalkan luka dan ketawa
atau
terus disini menangisi luka yang masih mahu bersama

ini masih pilihan
sama ada aku terus berada dikelompok yang sama
atau
berubah ke episod gembira

dan ianya akan tetap menjadi pilihan
disetiap segala jalan yang Dia bentangkan
pilihan aku terus berada disini atau disana
pilihan aku untuk terus berharap atau tidak
pilihan aku untuk memilih negatif atau husnuzhonNya
pilihan aku untuk terus menangis atau melakar senyuman
masih pilihan aku terus menulis atau bercerita
semua nya masih pilihan.
ini, pilihan aku.
cerita hidup aku.

tapi masih aku disini
diatas kerusi kuning ini dan menulis tentang pilihan

sedangkan masih aku tidak memilih diantara jawapan yang aku ada.
masih tidak aku berganjak memilih diantara jawapan yang aku cipta.
masih tidak aku melangkah ke arah persimpangan di depan mata.

aku cuma perlu bangun dan tolak kerusi ini.
memilih diantara tangisan atau senyuman di kanan dan kiri
memilih diantara bising atau sunyi
memilih diantara mengeluh atau berserah

tapi masih aku disini.
tidak berganjak dengan pilihan.

No comments:

Post a Comment