Sunday, December 15, 2013

marathon 8

assalammualaikum~


hai jejaka!
suka wanita?
wanita bagaimana?
bertudung litup kah atau yang terbuka sini sana?
yang taat ibu bapa kah atau yang senang tinggi suara?
untuk dibuat isteri.
sudah bersedia untuk tanggung dosa isteri?
jawapan kat tangan anda.
sekadar pesanan dan ingatan 
selamat memilih :)

Saturday, December 7, 2013

bersalah

salam.lama tak coret kat sini kan?aku pon dah hilang kata nak coret apa..sem ni seems semua org buat hal masing2.dah tak semesra dulu.masa yg kami ada utk sama2 terhad dan sgt terhad.aku ke sini sbb aku rasa bersalah.ya aku bersalah.bukan sepenuhnya bersalah tp rasa bersalah.aku takut mnyusahkan.aku taktau berapa ramai dan berapa byk yg mereka berkorban untuk aku.mak,ayah,adik,abang2,kak ipaq.aku takut dgn keputusan sem ni.hanya ni ja peluang yang aku ada.satu2nya peluang.dan aku takut aku tak mampu.bila fikir pasal result aku mcm takut dgn byg2 sendiri.aku takut utk mngorak ke depan sbb aku takut aku jatuh semula.ini bukan bangun tp dlm cubaan bangun.bila ingat muka mak dgn ayah,aku jd longlai takut dgn kecewa keputusan.aku nak segaris senyuman bahagia utk mereka.sungguh!ini sebab aku masih disini ,sdgkan di awal sem malah dari sejak dulu berapa banyak bendera putih nak aku kibarkan tapi ditahan.ditahan oleh manusia berbeza.dulunya sahabat yg pernah janji "i'll stay by ur side" tp menghilang.pernah katanya "jgn peduli masalah kawan,itu sekecil2 perkara" tp bg aku kawan ibarat keluarga.sedih mereka sedih aku.gembira mereka,gembira aku. :)
takpa lah apa2 pun.i need to get up!catch up my way.i want  to held up!find my own way.i did everything on purpose.support me ye?
thanks :D
wassalam

Tuesday, December 3, 2013

#marathon6

bosan !
ini yang dapat aku simpulkan 
dgn lakonan yang kau tunjukkan
hipokrit
segala kebaikan yang kau berikan
ikhlas kau hilang
kau kata belakang
aku kau tikam
lidah kau bercabang
jangan kau ingat tidak ada yang menyampai
jangan kau sangka pengkhianatan tidak terurai
sabar aku kadang kian menipis
menjadi 'benda' untuk diperguna
bila perlu aku dicari
bila tidak,memandang pun tak sudi
aku marah
marah sendiri
marah pada diri
terlalu menjaga hati
hasilnya hati sendiri mati
mati ditikam
ditikam lawan yang disangka sahabat
terima kasih kerana buat aku benci.

Tuesday, November 19, 2013

marathon #5

pernah aku hilang
terbang melayang
aku berdiri dan mencari
sukar ,
jatuh ,
berduri ,
malah aku luka disakiti ,
lama aku menunggu ,
kaku disitu ,
itu yang aku mampu ,
menunggu bayang ku pulang.

Wednesday, August 21, 2013

.JATUH.

assalammualaikum..
uhuk uhuk.amboii ni bukan takat bersawang berhabuk bagai dah ni dah jadi apa dah ni..haha #lawakhambar
mai aku nak cerita mai aku dok buat intersesi masa cuti sem 2 ni.almaklumlah ilmu masih  jauh nak memenuhi dada.
ha,masa intersesi aku ni bulan puasa.kira first time lah aku puasa tanpa family,takpa pengalaman.rindu sedih semua ada.ya la selalu nak apa makan ja apa air tangan mak aku masak..huhu #bajetsangat

ha,masa ni aku dapat result.apa?gempak?gempak la nak sampai tak terkata apa dah aku masa tau.haha.bukan nak buka aib sendiri,tapi aku cuma nak kongsi rasa.result masih menjadi rahsia aku.hampa pon taktau expectation aku berapa yg aku kecewa kan? ada post sebelum kata aku kecewa dgn result before ni.ha nin dia lagi lah.tapi kecewa tu hilang.entah.yang aku ada rasa syukur sebab aku masih ada peluang yg satu.peluang terakhir.

malam tu aku cuma mintak peluang ja.cukup.hanya peluang.aku sedar memang kemampuan aku apa.bila makin lama aku makin pikir,aku sedang siasiakan peluang atau apa?aku yg belum terjaga dari mimpi atau apa?aku masih leka dengan indahnya mimpi atau apa?sungguh aku jadi sedar.cuma yg belum pasti sepenuhnya sedar ataupun tidak.

makin nak buka sem makin aku gementar.gementar pada keputusan yg akan aku hadapi.gementar pada rutin yang akan aku jalani.gementar pada cacian yang akan aku dengari.gementar pada pandangan sinis yg akan aku dapat.gementar pada semangat aku yg semakin goyah.aku rapuh dan aku takut aku jatuh.itu ja.

yang aku kumpul sekarang semangat untuk niat yg satu ini.aku letak pembahagian antara dua dunia dan cara.sem 2 aku sakit.sebab itu.setiap hari itu yg bermain diminda.hanya sebab aku nak jauhkan diri dari rasa sakit tu,aku ubah segalanya.maaf.aku takut aku makin mudah melatah dan jatuh.

maaf aku mungkin menaip dengan rasa hati.mungkin ada yg tersinggung.aku tak pandai berkata kata tapi yang aku tahu apa yang aku nak sampaikan ada disini.terpulanglah mcam mana nak menilai.maksudnya ada disini.nilai aku dengan rasa ikhlas.terima aku dengan rasa jujur.aku manusia serba tiada.maaf



wassalam.

Monday, July 8, 2013

puasa :)

assalammualaikum..

so, what's up guys? hope everything will be fine and alright . everything is going to follow the flow right? *amboii kite saje je bajet ckp omputih* haha..
tak ada topik dan tajuk pon . saja mengisi masa lapang aku yang tak bopa nak lapang ni sebab final exam aku ada lg 2 paper kot -.- ya ampun , lemas tau enggak sih kapan mau habisnya..capek tau..*baca dlm nada indon ye *

ha,memandangkan dah nak sambut bulan ramadhan ni, aku nak lah jugak wish SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA !! Semoga ini bukan ramadhan yg terakhir buat kita.rasa lah indah nya puasa..esok malam dah start solat terawih..ins'Allah aku terawih dirumah :) nak rasa sibuknya bulan ramadhan mcm selalu.. sama sama manfaatkan bulan mulia ni ya..sebulan ja dalam setahun..belum tentu tahun depan kita akan rasa ramadhan yg indah ni :) semoga segalanya akan menjadi lebih baik :)

ha, sorry ye jika ada yg terasa dihati . emosi masih dalam operasi di stabilkan . kadang pergi dan kadang mari .. adat manusia :)

Sunday, June 30, 2013

#marathon 4

when u're sad , i'll dry your tears,
when u're scared , i'll ease ur fears ,
when u're worried , i'll give ur cope ,
when u're give up , i'll help ur cope ,
when u're lose and can't see the light ,
i'll be ur beacon shining so bright ,
this is my oath that i pledge to the end .
why u  may ask?
because u're my friend .

p/s: ni masa f3 punya..ayat tunggang langgang -.-"

part 2

assalammualaikum...

so what's up? how was your day ? is it okay or the opposite ? go and get a move friend !
hmm.. dah start final . and till today , i was seated for 3 paper .ambuii kita speaking pulak kan ?heeee :D
3 paper dah down, sekarang move on to another 4 paper to go..

keadaan? mcm biasa lah . rasa heartless sekrang . rasa kecewa tu dah terlampau sampai aku dah konfius nak berperasaan macam mana ..ingatkan diri sendiri  dan aku dah buang semua harapan yang pernah aku tanamkan dulu .. pergi lah kawan pergi lah.. hiburkan dirimu kalau itu jalan yang kau pilih..aku berhenti .
ya, aku berhenti disini hanya menunggu disini . aku cipta memori supaya ada yang utk kita sama2 kenangkan ...

pejam celik pejam celik dah nak habis dua sem aku kat sini ..sakit , ya banyak sakit dr sembuh nya. banyak luka sampai hati aku dah tak mampu utk luka . hilang rasa . tp masih aku ada org yg membantu disekeliling..thanks sahabat :) dari sini aku belajar menghargai , aku belajar perkara yang aku tak nampak selama ni .banyak . aku berubah . banyak . aku juga dewasa . masih dewasa banyak . aku belajar utk menerima kekurangan dan keadaan . dtg dan pergi seorg sahabat . aku belajar utk kawal rasa . aku belajar utk tidak cepat menerima manusia dalam hidup . aku rasa macam mana friend for benefit . aku belajar macam mana nak adapt diri .aku belajar macam mana utk berdiri di atas kaki sendiri .

kata maya "kita kena move on , zaman sekolah ya kawan susah senang kita ada ,  zaman uni ni kwn masa senang lebih banyak dr kawan susah . kami kat sini , jatuh bangun kami cuba sendiri .beberapa banyak airmata yang kami korbankan smpai tak ternilai "

ya maya .airmata sampai tak ternilai.berbanding dengan sem lepas , seems sem ni agak tough utk aku . utk anak manja seperti aku . utk manusia lemah seperti aku. utk budak yg hanya depent pada org lain utk berdiri . aku mudah percaya . aku mudah menerima manusia dalam hidup . sifat yg paling aku susah nak buang .aku tak suka rasa kehilangan . siapa pun yg pernah ada dlm hidup aku ,aku tak suka rasa hilang . walau dia hanya terkadang bersama aku , masih aku tak suka rasa kehilangan . aku benci ditinggalkan . itu ja .

kadang ya aku nampak seperti tak peduli . aku kasar . aku tak kisah dgn keadaan tp masih setiap sekecil2 perkara aku peduli . cuma aku  tak pandai nak tunjuk yg aku peduli . aku tak pandai nak beritahu yang aku ada hati dan perasaan .rasa marah ? hmm . .makin panjang la pulak nanti ceritanyaa..huhu


sekarang niat kita kat sini cuma satu . berpegang pada niat yg satu . aku bertahan kat sini sampai hari ni sebab niat yg satu ni..move on ? aku taktau aku dah move on atau belum ,cuma aku rasa ins'Allah aku boleh.. sakit lah hati mcm mana pon , aku rasa kosong .tumpukan dekat final exam.jyeahh!! kumpul kekuatan sendiri . GOOD LUCK 4 MYSELF!! heeeee :D

berharap cerita ni aku tinggalkan kat sini dan tamat disini . aku nak bergerak kpd yg baru . yeahh!satu cerita , kalau dulu dunia aku hanya ada ABF ..sibuk dekat ning 24/7 , skrg aku kembali kat wechat lah pulak..cuma tak lah 24/7 ..terhad ,sbb aku bahagikan masa dgn dunia realiti aku..mungkin masa aku lebih terisi dr fikirkan semua yg tak perlu ..heee :D

jiummmm....take care yaww !!
wassalam <3 p="">

Thursday, June 20, 2013

#marathon 3

 rapuh.
itu aku.
serapuh ranting di pohon.
andai kuat anginnya,aku patah.

goyah.
juga aku.
segoyah pondok di penghujung kampung.
andai kuat air banjirnya,aku hanyut.

kering.
masih aku.
sekering dedaun yang layu.
andai luruh musimnya, aku jatuh.

aku rapuh tika di diuji.
aku goyah tika dicaci.
aku kering dan layu tika tinggal sepi.
masih aku.tiada perubahan.



Monday, June 10, 2013

warkah buat yang tersayang

assalammualaikum..
yaww..what's up world?*jgn jawab,aku tanya dunia bukan awok.* haha..
ehh,p rock pulak..tgk tittle la..kita slow sikit naa..mood hari ni sway sikit..terhayun kesana kemari..hati dicarik dan di rabak..*woah,ayat mak nokkss..*

WARKAH BUAT YANG TERSAYANG.

Assalammualaikum..

Pertama buat bonda yang tercinta,kakak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. halalkan makan minum kakak.terima kasih atas susu ibu yang tiada tolok bandingnya di dunia mahupun di akhirat.terima kasih atas kasih sayang mu yang tiada erti jemu.terima kasih atas perhatian yang tiada kurangnya.terima kasih atas belaian yang selembut kasihmu.terima kasih diatas segala pengorbanan yang tiada erti kalah.terima kasih atas semangat yang tiada payahnya.terima kasih diatas senyuman tanpa dukanya.terima kasih atas segalanya ya bonda. sehingga ke syurga pon anakmu ini akan sentiasa menjadi anakmu. ibu, kuat ibu itu kuat diri kakak.teguhnya berdiri ibu,teguh itulah kakak berpaut.kadangkala , kakak lupa..kakak terlalu cintakan dunia..kakak terlalu leka dengan kehebatan teknologi dunia.kakak lupa pada kasih sayang ibu yg melimpah ruah..maafkan kakak ibu.kadangkala amarah kakak hanya pada ibu.ibu tahu anak ibu tak pandai nak lepas pada mereka yang luar.maafkan kakak ibu,kadangkala perkataan dr bibir kakak bisa menghiris hati ibu walau dalam senyuman ibu..maafkan kakak ibu..
Ibu..andai kakak pergi dulu sebelum ibu,ibu mandikan kakak dengan kasih sayang ibu ya..jangan jatuhkan air mata mu..kerana kakak tak pernah mampu melihat air mata ibu..usap dahi kakak buat kali yang terakhir..maafkan kakak tak dapat nak tunaikan impian ibu..kakak tunggu ibu disana ya...terima kasih ibu :)

kedua,buat ayahanda yang tersayang.walaupun kakak tulis yang kedua buat ayah,tapi tetap ayah dan ibu yang pertama selepas ALLAH dan Rasul di hati kakak..ayah..ampunkan kakak dari hujung rambut sampai hujung kaki ya ayah..terima kasih atas sesuap nasi yang ayah berikan..terima kasih atas tanggungjawab yang ayah tunjukkan..terima kasih atas kegembiraan dan kesenangan yg ayah sediakan..terima kasih atas setiap pengorbanan yang ayah lakukan..kakak tak pernah lupa wajah lelah ayah teman kakak seharian semalaman di ward walau dalam letih..kakak tak pernah lupa pada semangat ayah lakukan sesuatu utk kesenangan semua..kakak tak pernah lupa pada kelembutan hati ayah dalam garang ayah..ayah..kadangkala kakak terlalu leka pada hiburnya dunia dari tanggungjawab kakak..kadangkala kakak melawan dalam diam bila ayah marah marah..tapi ayah batu loncatan kenapa kakak berada disini sekarang.kata marah ayah,kakak pegang buat semangat.maafkan kakak ..kakak tak pernah lupa,ayah menjadi tangan kanan kakak pada waktu tangan kakak patah dulu...ayah..andai kakak pergi dulu sebelum ayah..imamkan solat jenazah kakak ya..ketuai pemergian kakak ke tempat akan kakak disemadikan..cium lah dahi kakak buat kali terakhir..maafkan kakak tak dapat tunaikan impian ayah..kakak tunggu ayah disana ya..terima kasih ayah.. :)
..
yang ke 3 buat abang2 dan adik..kakak tahu kakak bukan kakak yang sentiasa ada bersama susah dan senang kalian..kakak jauh hanya mendengar cerita..cerita susah dan jerih kalian..abang , kuat lah adik2mu mengharapkanmu..bangun lah dari jatuh bila setiap kali abang tersungkur,abang akan dapat kekuatan abang..jagalah kedua mak ayah sebagaimana kita pernah dimanjakan satu masa dulu..adik..setiap apa yang berlaku ALLAH dah letak hikmahnya..jatuh bangun adik ALLAH nilai dik..kuatlah demi dua cahayamatamu..didunia atau disana kakak tetap menyokongmu..bawa la semangat kakak bersama adik..kakak tak mampu lebih dari ini...andai kakak pergi dulu dari kalian,temankan kakak sentiasa doalah kesejahteraan kakak..kakakk tunggu disana ya..terima kasih kalian :)

yang ke 4,buat sahabat yang sentiasa membantu..ada dikala susah dan senangku..mendengar disetiap ceritaku tanpa jemu..kadangkala aku menyusahkan , mendatangkan meluat bagi kalian..terima kasih kerana hadir dalam hidupku..kehadiran kalian mengajar aku dr sudut negatif mahupun positif..kalian aku hargai , kerana menceriakan masa sedihku..menarik aku bangun dikala aku masih mencari2 diri..kenangan yang dicipta bersama kalian tak pernah aku lupa.zaman universiti lebih banyak mengajar aku erti bersedia untuk berdiri jika aku goyah dan mahu terjatuh..aku sayang kalian dunia akhirat ins'Allah.maafkan aku jika kadangkala bicaraku menghiris hati kalian,perbuatanku menyentuh perasaan kalian..sahabat,andai aku pergi dulu sebelum kalian,datang lah menjenguk jika punya sedikit waktu senggangmu...terima kasih :)




sekian ikhlas tulus dari hati :)

Sunday, May 26, 2013

#marathon2

jemarinya terus berlari
di atas sekeping kertas
mencoret sebuah kisah
kisah kehidupan

jari itu terus menari
di atas sekeping kanvas
melakar sebuah kisah
kisah kehidupan

dia pencoret,dia pelukis,
melukis kisah hidup dengan harapan,
mencoret hidup penuh rasa kebahagiaan.

Friday, May 10, 2013

alia adriana

assalammualaikum...
hola hola wassap wassap yaww??
hye awok2 !eh ,awok laa..yg tgh baca tu..siapa lagi..
ada good news ni..haha..alhamdulillah aku dah selamat dapat anak saudara baru..ins'Allah nama diberi ALIA ADRIANA..:) gambarnya belum ada ya..

akan diupdate ins'Allah bila ada lapang..hee :D
jiumm..solat yukk!!
salam

Tuesday, April 30, 2013

bla bla bla

 assalammualaikum..
baru lepas cuti semingu haritu..pastu esok nak cuti lg..weeee :D
bestkan cuti bebanyak ?hee :D aku mmg suka nak cuti jaa..even letih kat umah tp entah rasa bahagia..
sejak sejak sekarang jadi mlas nak buat apa pon..

kelas pack kot,erm ehh, test kuiz assignment semua menuntut kekuatan kot..bukannya cukup kuat utk semua tu.. even dalam real life (maksud aku kehidupan sosial ) pon kena banyak banyaaaaaaakkkkkk sangat sabar nya.. rasa macam makin mencabar pulak.. kadang2 aku rasa tak mahu meningkat dewasa *skema dak ayat? * nak stay jadi budak kecik ja tak payah nak besar2 dah..tak payah nak pikir2 masalah ka takpayah nak masalah pon.yg paling bahagia di dunia.. semua mak ayah yg manjakan kita..mak ayah kita pon stay muda dan sihat :) semua mimpi kan..ya,mimpi yang sedang hakikatnya kita semakin dewasa dan semakin banyak liku hidup yang perlu kita lalui..semakin banyak jenis orang yg perlu kita jumpa...hurm berjenis jenis lah..

kadang2 rasa dunia tak adil tp sebenarnya Dia dah plan cantik untuk kita cuma kita ja yang taktau. terlalu rasa diri sempurna terlalu nak apa yg kita inginkan tu jadi ikut perancangan kita bukan ikut kehendak Pencipta. sedangkan kita hidup dlm dunia yg sementara ni atas nama pinjaman ja..nyawa pinjam , hidup pinjam , kawan pinjam semua pinjaman lah..tak bersedia nak rasa hilang..

rasa macam rajin pulak lepak2 kat sini dari sebelum ni kan?huhu.. bukan semua orang nak kita bercerita dan tak selalu dy boleh jadi telinga untuk kita..ada rasa bosan yang tak terungkap kan? tp kita boleh teka yg dy dah bosan pon . nampak . ya dari situ nampak yang dia bosan. jadi buat apa nak meminta pada yang taksudi? (lirik lagu) yg dok baca blog aku pon mesti bosan..haha..lantak hampa nak bosan ka dak..sapa suruh baca..ngeh3 *hidung kembang*

ni dalam dok buat assignment mai dok tersangkut kat sini ni..heee :D kata orang sambil menyelam minum air kann? :p

jom jom kembali ke jalan yang benar .
daaaaaaaa *waving*
wassalam

Thursday, April 25, 2013

confused

 assalammulaikum..
yuhuu..lama tak menaip kat sini..
lama dan erm sekian lama dan berlalu.
confused. itu aku sekarang.banyak benda yang aku lalui dan bukan semua aku boleh terima.

kata sepupu aku,hidup paling susah alam universiti. ya aku sedang rasa  susah itu.
kadang2 aku rasa aku tak mampu dan aku tak kuat. terlalu banyak dan terlalu menyesakkan. sama ada aku sendiri yang buat teruk atau sebaliknya. kadang2 aku rasa aku yang buat teruk sampai menyusahkan orang. tapi kalau aku boleh tunjuk hati dan perasaan aku kat orang , sungguh aku buat .

takut ada kata mulut aku lain, tapi hati lain . rasa marah pon aku diam sebab aku tak suka nak masam muka dgn org..tp at last , ada jugak yg kena dengar aku hingaq.huhu.ni aku kat sini sebab aku dah taktau nak lempaq kat mana semua tu.jadi aku nak tinggalkan sikit kat sini.mungkin aku release sikit. mungkin .

masuk sem 2 dgn semangat yg hilang . sungguh dari hari pertama aku jejak kaki kat bumi merbok. mungkin sebab sesuatu . aku lost . bila aku bina balik semangat aku , aku jugak ada sesuatu yg tolak aku jauh..jauh dr niat aku. kadang nampak aku tak peduli  tp sebenarnya aku kisah. even a small matter aku kisah .

aku ada percaya pada kawan tp kawan tu sebenarnya cuba guna apa kelebihan aku. #friend for benefit# jadi aku simpulkan dia sebagai fake friends .jahatkan aku ? tapi dia lg jahat sbb gunakan aku. aku sebenarnya masih dlm situasi utk selesa dgn keadaan aku . yeahh,aku mengaku yg aku agak lembab when it comes to nak adapt diri. masa sekolah pon it takes 2 years nak biasa dgn sekolah *masa teknik * . .

bila kawan lama aku kata "react like u are the real one" , aku akan senyum dan sepi .. ya senyum ! aku lagi suka kawan2 tegur apa salah aku dr tengok dan meluat dgn aku . aku bertanggungjawab dengan apa yg aku cakap tp aku tak bertanggungjawab dengan apa yg hampa paham . bukan perkara senang nak jaga hati orang . mulut kata lain , hati kata lain .

belajar .ini the most important part dlm student life kann? tp aku pon masih terawang awang lagi apa yg aku belajar . it's been 2month and i can't even concentrate on anything . satu lagi paling aku risau , aku dah tak pandai nak interact dgn org . :o bila ada presentation ja mesti risau . dah tak boleh mcm dulu . :( sedangkan aku kena banyak confident and self-esteem utk banyak subject . :(

okay,it's time to sleep.
night peeps <3 br="" indah.="" mimpi="">
assalammualaikum :)


Thursday, March 21, 2013

Wednesday, March 6, 2013

......

 asssalammualaikum...
harini dah genap seminggu aku balik merbok.kononnya utk mulakan segalanya baru.lupakan apa yg tak perlu.but yet aku tak bersedia untuk apa pon.tak sedia untuk hadapi perkara baru. kesian org yg mengharapkan aku.aku masih keliru dgn apa yang aku lalui skrg.buat perkara yg terlintas dihati ja tanpa fikir baik buruknya.bercakap ikut rasa tanpa fikir kesannya. sungguh,aku dah giveup!aku tak sedia.aku dah takrasa nak menerima.semua permainan minda walau hakikatnya aku perlu terus berada disini menuntut kejayaan demi keluarga tercinta.cukup melihat wajah sedih ibuku,serik mendengar kekecewaan ayahku.

kehilangan sebenarnya  buat kita lebih kuat dari apa yg kita fikir .walaupun dalam hati kita rasa masih lemah plus yang pergi ialah sumber inspirasi yang tiada galang gantinya.tiada kata nasihat atau kata semangat yang membakar kita.yang ada cuma air hujan yg memadam semangat yg membara.

perginya kepada Penciptanya.kita semua pun akan hadapinya tapi waktunya masih rahsia yang Esa.Allah menguji pada kemampuan kita.sahabat,mungkin pemergian ini bukan untuk mematahkan semangatmu.berjuanglah.sebagaimana aku masih disini ,bersedia berkorban demi orang tuaku.kita berjalan seiringan,setapak permulaan langkah kita,perlahan lahan kita cuba berlari utk kegaris penamat.ins shaa Allah..selagi ada nyawa,aku sahabatmu selamanya.

al-fatihah..
wassalam..

Thursday, January 31, 2013

marathon #1

marathon #1
 
Penyair ialah pengunjung pasar kisah,
peraih pengalaman
dan pembeli masa sudah.
kerana aku penyair ,ku penuhi hidupku
dengan kembara dan deria
yang memberat dibahuku.
ku lalui lorong2 hari sepiku
dari gelisah dan payah
dari sedih ke perih.

Di pasar yang dihingari kisah ini
aku dipanggil peraih cerewet
pemilih yang sukar membuat pilihan
pembeli yang keliru dengan tawaran
kerana aku pemilih
aku harus hatihati
pilihan menonjolkan mutu
dan mutu memantulkan peribadi.

Le Housemate

Assalammualaikum..
okay first entry utk 2013!
weeee :D lama tahap apa dah takbuka blog nih..*kay aku tipu*
dan skrg aku tgh cuti sem *muka bahagia * haha
sem 1 dah pun tamat alhamdulillah dgn jayanya ins shaa ALLAH. :)
*tlg doa utk result pulak*
dari awal aku masuk sem 1 aku tak berkesempatan nak cerita cerita tentang housemate aku mahupun mereka yang ada dengan aku masa aku dekat sana :)
haaa..ni masa ada la terluang buang sebulan memang banyak sangat*tgn didada mata ke atas* untuk aku menghupdate cerita2 yang mungkin berkaitan dengan manusia2 + kawan2 semua lah..haha *malas taip* -_- jadi kita biarkan gambar bercerita.haha.
ayat takleh blah -_____-

first sekali  18/9 tu aku kena daftar kat UITM merbok dan officially nya aku menjadi merbokians..org first yg aku jumpa dan tegur kat sana even aku sampai2 tu dgn tak berdaftarnya p kat umah @ kolej kediaman terus.expert terlebih.ngeh3 -..-
jeng jeng jeng...
tadaaaaaaaa.....

SATUUUU~
 
 le beloved roomate :)
mmg sesampainya aku dibumi merbok tu,manusia bertuah yg aku jumpa ialah mie a.k.a roomate gue..huhu~
time daftar kat pejabat tu dah terdetik sendiri dy akan jadi roomate aku sbb dia tgh memilih bilik dan aku masih menunggu giliran aku.
and yeah!kami masih roomate utk sem akan datang sbb aku dah selesa dgn dy ..
hee :D (thanksroomate)
*aku susah selesa dgn org*-,-'
dan dia jugak lah yang berjaya mempengaruhi aku untuk layan RunningMan yg aku sgt "NoNoNo" dkt Alia..huhu -__-" yeay alia yeay!
 btw,she's a good friend also a good listener :)
.jujur.

DUAAAAA~
 
                                            amieyarafie ikut mukabuku dia lah.
jiran sebelah bilik aku dgn mie (bilik2).
orang yg tegur aku dalam rumah tu memandangkan aku seorg pemalu *sgt* :p haha
suka bercakap dan bercakap dan jugak meQap -___-"
dia suka ckp laju sampai aku selalu pending nak paham maksud yg dia nak smpaikan tu.
anak kesygn dua lecturer aku..haha opps!! :p
oh,bakal roomate utk sem akan dtg..hee :D
sila bertahan dgn sy ya :p

TIGAAAAA~

lilyruzzana :)
 jiran bilik yg tak berapa nak jiran sebab nak kena menapak smpai ke depan baru jumpak bilik dy.
nampak dak betapa aku pemalas kat sana?:o
suka paling banyak sangat amat cakap nonstop.
*kita highlite tu*
  dia selalu kata aku macam kakak dia sebijik iaitu clone -__-"
be strong naa kawan :)
 
EMPATTT~~

nani_amani :)
ni jiran tetangga kwsn perumahan kami yakni jiran rumah depan kami.*belitdak?*haha
memang kami berdua seperti isi dan kuku kat kampus sbb dy merangkap classmate.
bak kata org "berdua lebih baik" hee :D
pendengar yang setia sebab mmg aku suka bebel & mintak pandangan kat dia.
haha.siann hampa :p
also my becoming housemate merangkap jiran bilik sebelah hui! haha

LIMAAAAA ~~

last but not least, 
ipah a.k.a kakyong !
dimana ada mie,disitu lah adanya ipah..haha
hoooiii orang kedahh,mai tgk nindiaaa kakyong gangster pinkyy..
haha :p
jadi apa pon semua cool ja dia nih -__-''
ni hadiah untuk ipah..
jeng~

jeng~

jeng~

 keta untuk ipah :p
happy advanced birthday!
may ALLAH bless u always..amin :)
memandangkan tahun ni bukan tahun lompat dan februari ada 28 hari ja,kami wish kat ipah 1 februari la ;p

 sekian dari saya :)

                                                            much love <3 span="">
aretul :)