Friday, December 12, 2014

berhenti

bila berseorang baru kita tahu.
duduk berdiam seorang diri
kat situ kita tahu erti
bilamana kita rasa kita peduli dengan diri tapi sebenarnya tidak.
bilamana kita cukup kenal dengan diri tapi sebenarnya tidak.
bilamana kita rasa kita cukup faham dengan situasi tetapi sebenarnya tidak.
dah cukup aku mohon maaf.
tapi sebenarnya pada perkara tidak perlu.
sudah cukup aku kata kesal
tapi ada benda yang lebih perlu aku kesal.
aku lebih rindu hidup aku yang dulu.
bukan tidak ada rasa syukur.
semua yang berlalu pun masih hidup aku.
hidup ni pinjaman.
masih aku mahukan yang terbaik.
setiap apa yang dirancang Allah.
aku mahu menjadi hamba yang tidak lupa dan alpa.
tapi dalam setiap saat yang aku mahu bersyukur, masih ada dua tiga detik yang aku lalai.
aku fikir terlalu banyak.
terlalu banyak kemungkinan yang tidak akan terjadi.
sampai satu masa yang aku rasa give up.
give up dengan menulis.
give up dengan menyanyi.
give up dengan bersembunyi.
kalau betul aku mampu bercakap tanpa peduli hati , aku buat.
kalau betul aku mampu bertindak tanpa peduli rasa , aku buat.
cukup lah. aku penat dihina rasa.
dalam semua ketidaksempurnaan aku , itu masih aku.
dalam segala liku yang aku jalan yang aku harungi , masih itu kehidupan aku.
aku jatuh dan lemah disini , bukan beerti aku masih akan jatuh dan lemah kat depan sana.
jangan di kait rasa lemah aku dengan kekuatan yang aku tak punya.
nak bertahan dari rasa , nak ukir senyuman tanpa paksa ,
semua bukan semudah sekelip mata.
aku perlu berada disitu dan berfikir untuk bangkit.
kalau pun tidak dapat bantu aku , tolong lah bukan dengan terusan mengina dan memaksa.
dah cukup memuncak dengan rasa bersalah.
entah macam mana nak berterus terang. entah macam mana nak bongkar kenyataan.
betapa aku takut nak lukakan hati yang satu ni.
betapa banyak dan seluruh kasih sayang aku jaga hati yang satu ni.
betapa aku takut hilangnya hati yang satu ni.
bantu aku.
tolong berhenti bertanyakan aku.
kalaupun betul peduli, jangan terus memaksa aku.
cukup. aku cuba sendiri.

Friday, December 5, 2014

Menangis

Lama aku tak menulis.
Perangai aku.
Menulis bila sesuatu dihati.
Alhamdulillah.
Berhari² aku rasa bahagia.
Senyum dipipi.
Harini hujan.
Aku betul suka hujan.
Bumi menangis.
Bukan sebab sedih tp sebab lumrah.
Macam mana nak bg org faham?
Menangis bukan sebab lemah tp kekuatan.
Betul. Itu yang aku rasa.
Tapi faham org, menangis sebab lemah.
Yg lemah tu, bila jatuh tp biar diri terus jatuh dan jauh.
Yg kuat tu, bila menangis dan terus bertahan.
Hati kuat.bertahan dan berjuang.