Friday, December 12, 2014

berhenti

bila berseorang baru kita tahu.
duduk berdiam seorang diri
kat situ kita tahu erti
bilamana kita rasa kita peduli dengan diri tapi sebenarnya tidak.
bilamana kita cukup kenal dengan diri tapi sebenarnya tidak.
bilamana kita rasa kita cukup faham dengan situasi tetapi sebenarnya tidak.
dah cukup aku mohon maaf.
tapi sebenarnya pada perkara tidak perlu.
sudah cukup aku kata kesal
tapi ada benda yang lebih perlu aku kesal.
aku lebih rindu hidup aku yang dulu.
bukan tidak ada rasa syukur.
semua yang berlalu pun masih hidup aku.
hidup ni pinjaman.
masih aku mahukan yang terbaik.
setiap apa yang dirancang Allah.
aku mahu menjadi hamba yang tidak lupa dan alpa.
tapi dalam setiap saat yang aku mahu bersyukur, masih ada dua tiga detik yang aku lalai.
aku fikir terlalu banyak.
terlalu banyak kemungkinan yang tidak akan terjadi.
sampai satu masa yang aku rasa give up.
give up dengan menulis.
give up dengan menyanyi.
give up dengan bersembunyi.
kalau betul aku mampu bercakap tanpa peduli hati , aku buat.
kalau betul aku mampu bertindak tanpa peduli rasa , aku buat.
cukup lah. aku penat dihina rasa.
dalam semua ketidaksempurnaan aku , itu masih aku.
dalam segala liku yang aku jalan yang aku harungi , masih itu kehidupan aku.
aku jatuh dan lemah disini , bukan beerti aku masih akan jatuh dan lemah kat depan sana.
jangan di kait rasa lemah aku dengan kekuatan yang aku tak punya.
nak bertahan dari rasa , nak ukir senyuman tanpa paksa ,
semua bukan semudah sekelip mata.
aku perlu berada disitu dan berfikir untuk bangkit.
kalau pun tidak dapat bantu aku , tolong lah bukan dengan terusan mengina dan memaksa.
dah cukup memuncak dengan rasa bersalah.
entah macam mana nak berterus terang. entah macam mana nak bongkar kenyataan.
betapa aku takut nak lukakan hati yang satu ni.
betapa banyak dan seluruh kasih sayang aku jaga hati yang satu ni.
betapa aku takut hilangnya hati yang satu ni.
bantu aku.
tolong berhenti bertanyakan aku.
kalaupun betul peduli, jangan terus memaksa aku.
cukup. aku cuba sendiri.

Friday, December 5, 2014

Menangis

Lama aku tak menulis.
Perangai aku.
Menulis bila sesuatu dihati.
Alhamdulillah.
Berhari² aku rasa bahagia.
Senyum dipipi.
Harini hujan.
Aku betul suka hujan.
Bumi menangis.
Bukan sebab sedih tp sebab lumrah.
Macam mana nak bg org faham?
Menangis bukan sebab lemah tp kekuatan.
Betul. Itu yang aku rasa.
Tapi faham org, menangis sebab lemah.
Yg lemah tu, bila jatuh tp biar diri terus jatuh dan jauh.
Yg kuat tu, bila menangis dan terus bertahan.
Hati kuat.bertahan dan berjuang.

Wednesday, November 19, 2014

Jerit

Rasa nak jeritttttt.
Haih.
Marah pada diri sendiri.
Cuai.
Hati ni dah kenapa?
Tolong lah berhenti.
Tak serik ke?

Sunday, November 16, 2014

Marathon 18

Disebabkan aku cuma manusia.
Banyak silap dan dosa.
Banyak cela dari sempurna.
Banyak luka tapi aku bahagia.
Banyak gentar dan rasa.
Banyak fikiran dan sangka.
Disebabkan aku cuma manusia.
Aku leka pd dunia.
Aku leka cuma pada perasaan.
Aku leka pada seseorang cuma.
Aku leka pada manusia.
Tapi itu semua fikiran aku saja.

Wednesday, November 12, 2014

hati

aku balik semalam.
balik rumah. tanpa rancangan dan tanpa persediaan.
aku jumpa mak dan ayah.
aku tengok muka abang. aku hadam muka adik.
semuanya cinta hati.
malah separuh dari diri.
mak dan ayah tanpa henti bertanya.
tanya itu dan ini.
sampai aku lupa. lupa macam mana nak jawab setiap soalan.
ayah dari ruang tamu sampai ke bilik aku titip pesan.
aku tahu. masing2 nak bercerita.
masing2 nak meluah rasa. tapi aku tak sedia.
jadi aku tadah telinga.aku kunyah setiap bibit cerita.
aku telan dengan payah.
aku tak buat sebarang riak.aku tak tahu. aku tak reti.
aku tak sedia.aku tak bawak kekuatan bersama.
abang tanpa lengah cerita itu dan ini.
sampai lah aku lena. aku tutup telinga.cukup aku tak mampu dah.
esok nya , aku pamit nak pulang.
pulang ke medan tempur. dimana harapan mak dan ayah.
tak tinggal abang dan adik. secebis juga dari aku.
nak ubah segala apa yg ada. nak rungkai segala apa yang berselirat.
aku peluk kuat mak. aku salur sikit kekuatan.
tapi tak cukup.aku tahu itu.tp masih aku rasa hangat peluk tu.
aku peluk kuat ayah. aku rasa selamat.
juga beri sikit kekuatan ke ayah.
aku tidak punya apa utk bantu. cuma itu yang aku ada, KEKUATAN.
tapi bila disini, aku goyah. entah kenapa.
dalam belum pun cukup 24jam aku balik tapi aku tak nampak senyuman ayah, aku tak nampak senyuman mak.
aku kalah ke? aku salah ke? aku nak senyuman kalian.
supaya aku betul kuat kat sini. tapi tak.
aku tahu masing2 pendam rasa. gundah yang tak dicerita.
cerita lah mak. khabarkan lah ayah.
kakak dengar. cuma cukup lah bersedih.
kakak penat menahan hati.
pecah mcm kaca. tak dak apa yang dapat kak sambung.
aku penat buat2 kuat padahal tidak.
aku penat beri senyuman padahal menangis.
kuat lah. kita pegang tangan, hadap sama2. kakak cuba.
setia ada dengan kalian. sampai hujung nyawa.
dan sehingga syurga , semoga kita masih bersama.

Friday, October 31, 2014

#marathon 17

Aku dlm hingar.
Bukan di pasar.
Tp bising.bingit.
Aku rasa kosong
Sunyi dlm bising.
Sakit.
Kepala aku berdenyut.
sama laju dgn nadi aku
Laju.mcm lelah berlari.
Tp aku kaku.masih berdiri disini.

Thursday, October 30, 2014

#marathon 16

Aku rindu.
Pelukanmu.
Aku rindu leteranmu.
Aku rindu usapan kasihmu.
Aku rindu.
Betul rindu.
Nak ungkap.
Tp cuma aku yg dengar.
Cuma pd diri yg tahu.
Jauh.
Tak tercapai pun.
Tenang jiwamu.
Gusar aku hilang.
Airmata xpernah terbazir dgn nasihatmu.
Memori dulu tak cukup aku ulang.
Pergilah.
Tenang di sana.
Moga Allah mencucuri rahmat kepadamu.
Al-fatihah~

Wednesday, October 29, 2014

#marathon 15

Aku nak menangis.
Sungguh.
Tapi aku xtau alasan apa.
Penat. Aku rasa penat sgt.
Aku nak nangis.
Aku nak buang semua yg aku rasa.
Tapi aku malu.
Malu dgn Tuhan.
Dalam segala semua nya dah cukup sempurna tp masih aku rasa kurang.
Aku manusia paling xdak malu.
Kurang apa aku xtahu.
Tapi aku nak menangis.
Aku menangis bukan sbb tak bahagia.
Aku bahagia tp...
Ahh jgn tanya aku soalan.
Biar aku jawab dgn diri aku sendiri.
Tapi nak lepaskan.
Aku cerita pun xdak yg paham.
Aku nak nangis.
Bg aku sunyi sendiri.
Bg aku waktu.

Monday, October 27, 2014

#marathon14

Kita .
Mengelak sejauh mana pun, benda tu kejar.
Tak. Tak selesai pun.
Fikir lah.
Pecah kepala pun.
Dah memang tertulis utk awak.
Hadap lah.
Jangan lari lagi.
Tak kan habis.
Sampai mati.

Sunday, October 19, 2014

Titik

Heartaches.
Hurt.
Hilang.
Terbang.
Melangkah.
Titik.
Mati.

Monday, October 13, 2014

marathon 12

kakak
perkataan mudah tp berat tanggungannya
nampak lembut tp kental semangatnya
nampak kosong tp penuh jiwanya
kakak
bergelak ketawa tp tangisan disembunyi
nampak senyuman tp sendunya dibelakang
nampak muda tp matang pemikirannya
kakak
tempat adik malah abg bergantung
tempat ibu malah ayah berharap
tempat menangis malah lepas kemarahan
kakak
senyumlah.jiwamu sarat.
hatimu kuat.betapa engkau ditempuh tp masih engkau berdiri
terima kasih kerana terus melangkah kerana setiap langkahmu, kami masih disini dengan senyuman.
i love you

marathon 11

terbang
bebas dan melayang 
tiada paksaan membawa diri
tiada belengu yang ikat kaki
terbang
jauh dan tinggi
luas dan melangit
senyuman  yg terbaris bersama gigi
itu bahagia
bahagia dr segala rasa
kebebasan yang tiada tara
bangun dan terbang !
lepas dan bebas !
senyum dan bahagia :)

Tuesday, September 30, 2014

#marathon10

hilang 
apa yang kita rasa
bila manusia tidak terus berada disisi
pinjaman
nyawa kita pinjaman,
malah segala yang aku miliki
harapan
bila itu yang kita perlukan
malah dari setiap apa yang kita lakukan
 kasih
rasa bila seseorang terus setia
setia menemani dalam setiap sketsa hidup
bosan 
bila kita tetap berada ditempat yang sama
luka yang lama
 takut
pada mati
entah apa rasa dan rupa
ini pengakhir
semua rasa menjadi satu.
takut.
aku tak bersedia Tuhan.
tapi masih harapan aku yang mendahului mereka yang aku kasih
aku lebih tidak mampu berhadapan dengan kehilangan.



Thursday, June 19, 2014

im sorry

salam.  hai hai holaaaaaaa~~~
emm. ni aku balik utk study weeks dah oi.cepatkan masa berlaluuu..? sedih  pulop :'( nervous yang selebihnyaa.haish, risau aku dengan si final ni..bukan benda mudah.grr , kenapa la system kat sini asyik exam ja?huu..redha ja laaa.. lg seminggu lebih ja lagi utk puasa , semoga aku dpat buat yg terbaik utk puasa dan final ni.
dah nak habis sem ni , maksudnya kenalah aku mohon balik kat ktu tu kaannn? hurm entah dapat entah tidak ktu tu nanti... kalau tak dapat nak kena mnyendeng kat umah sewa lah kan? aigooo ~~
bila dtg bab umah ni , ada masalah sebenarnya.entah nak luah mcm mana. entah nak bagitau mcm mana..aku pun xdak lah sempurna mana tapi kita mesti cuba nak yang terbaik kan? nak menegur,bimbang disalah faham.
lagi satu , betul aku cakap.jangan berjanji kalau tak mampu tunaikan. ada seseorg berjanji dan akhirnya mungkiri dengan sengaja.
sentap.bukan sengaja tau, tapi entah hati aku sedih. kecewa dengan org macam ni. i'm sorry, i cant ask you i dont have any right to not agree.then im just letting you be what did you want.but please if i do anything wrong,just tell me.well at least i can fix it in future.
people do come and go in our life,so please appreciate them. i love you but i have no more trust with you. thankyou friend. i love you once.

Sunday, May 25, 2014

part 4 tapi aku tulis serabut.

salam..
hai hola hola hola.haa,sem4 ni aku tak bebel lagi kan? kesian blog ni dah tak terurus.ha ni aku rajin sikit nak hadap hg blog oit.weeeeee :D
aku tak tau nak taip apa pun.xdak ceta best pon.haha cumaaaaaaa
sem 4 ni beza dari sem sebelum ni. kalau dak hadap  org yg sama dgn perasaan yg sama masalah yg sama. sem ni haku jooinn dgn bebudak baru yakni penerapan lah kan.hitu pon haku kene bagitau kee?haha hockay la kan beda sapa hat taktau tu cek habaq laaa.
sem ni aku pindah masuk ktu , dgn kelas aku sukati aku ja dftar kelas B. *tp mmg dr part2 aku setia dgn semua yg kelas b kooottt* saja sempena nama gelaran aku masa zaman muda mudi duluu kann. over k over. ngek sungguh atul ni.dah  dah kembali ke pangkal jalan.ish ish jauh mnyerongnyaa..
eh,apa td ntah?haa, yg sambung beza tuuuu.aku masuk kelas mmg sukati aku main campur2 subj dan dgn sukati aku lg campur2 subj part lain2.haha kau hadoo?
banyak benda baru aku belajar sem ni memandangkan aku dapat suasana baru, housemate baruu.aku dok dgn bebudak part 3 housemate aku tuu, tapi depa lgi kekakak pada aku.jadi aku still adik la kan.cecey bajet comey laa p mana aku ja dik.isk pulunnya atul ni. T.T padahal kat umah aku hakak kott.hensem okay kat umah macho ja aku kakak.
ohh,berbalik kepada kehidupan aku di merboks sinun, classmate aku yg skrg dgn dulu. emm emm . malas ah nak komen.haha bajet retis gitteww.
haa, harituu iaitu baru ni laa iaitu 23rd may harituu , aku buat comm service kat kg titi teras. pengalaman baru join dgn org kampung.aku yg sedia sedia pemalu ni. main hentam saja sembang dgn sukati aku jaaa..hehehe.banyak benda baru yg aku belajar.juga berkenalan dgn karakter budak kelas aku smp aku rasa biaq betoiii?ingt dlm drama ja tp dia ni betul2 real life punyaaa..huuu takpa manusia kan banyak ragam? nampaknya novel aku ni mmg smpai kesudah dok menambah karakter org dlm dia ni..haha
sudah3 aku ngantuk tp aku nak p melewaq kat fb sat.almaklumlah kt umah ja lain chantekkk sikit.
goodnight peeps. sorry kalau aku ada buat salah. eh, tp kita kenai ka? takpa la aku mintak sorry taauuu. aku nak kena start jalan misi dah esok.bajet gilos.
wassalam

Thursday, May 15, 2014

marathon #9

hujan
aku suka hujan
berada di tengah dingin dan sejuknya hujan
merasa angin yang kuat kadang tiada bahasa
melepaskan marah bersama hujan
sedih di tengah hujan
suka dengan rintiknya hujan
hujan
walau dgn hujan timbulnya fobia aku dgn memandu
walau dgn hujan mulalah rasa sakit itu
walau dgn hujan aku rasa pengalaman accident masa lalu
dan dgn hujan memori kita mula menghantui
hujan 
masih aku hargai hujan
aku boleh tersenyum sendiri melihat hujan
boleh terbayang berada di jendela menghadap hujan
bernyanyi dgn irama aku sendiri xingat
hujan rahmatMu ya Ilahi :)

Tuesday, January 14, 2014

sisters

assalammualaikum..
this special post dedicated to my sisters!
aeyo sis ! this is my old post which i put them in my inbox and choose a right time with some addition to post it here... i had also wrote them in my note,haha *panjang pulak aku bebel*

oh,here we go.....
Assalammualaikum...
May ALLAH protect us.amin :) sis, do protect every one of us when they need to be protected. There are a "hikmah" why ALLAH put us together. To stand for each other. Help us smile when we are in tears. Hold our hand when we are down. Gaduh dalam persahabatan tu asam garam tapi as an adultm,kita bincang ya? :)  There always a reason why we fight for a time. Being hurt for a while. ALLAH make it to made we learn and know more about each other. We are not perfect , we do mistake then we accept weaknesses. Cover  each other weaknesses with our strengthness. Lend us a shoulder to cry on , and an ears to tells to. Thankyou sisters ! i love every one of u. i'm sorry for my mistake . being with us for 3 sems and ins'ALLAH till we complete our degree.amin :)

ha, panjang dak cek berletiaq?haha baca ja noh dgn english tunggang terbalik. harap faham la ye maksud sy yang di atas. heee :D benda ni kami dah simpan lama. sincerely from me <3 br="">