Monday, March 23, 2015

Singkat

Waktu.
Aku rasa makin singkat.
Makin aku berfikir, makin aku mendaam rasa.
Makin menjadi singkat.
Makin aku takut.
Makin aku gentar.
Makin aku kejar utk bersedia.
Instinct.
Tp mungkin salah.
Mungkin mainan perasaan jiwa.
Mungkin aku kalah.
Kalah dgn rasa.
Kalah utk berdiri sasa.
Rasa.
Entah. Tak tahu utk bergerak kemana.
Rasa ini tetap ada.
Aku nak bersedia.
Aku nak.
Bila mati, perjalanan lebih jauh dr hidup.

Sunday, March 22, 2015

tak peduli

dah
dah lama aku berhenti peduli.
sampai harini , dia datang dan bercerita.
baru aku sedar , dah lama aku sepi.
dah lama aku tak peduli .
dah lama aku biarkan.
harapan yang pernah aku pegang tu , pergi.
dah pergi.
aku pernah janji utk terus peduli.
utk terus ada disini , tapi aku mungkir weh.
ambil lah kepercayaan tu. aku dah berhenti peduli.
jangan taruh pada aku lagi.
luka aku pergi sekali dengan harapan aku.
itu buat aku berhenti peduli.
sudah lah.maaf cukup aku sudah tidak mampu utk disini dan peduli tentang kau.
kawan atau mungkin lebih strangers.
banyak cerita kau aku tertinggal.
banyak cerita kau buat aku makin tak kenal.
banyak kisah kau buat senyum kita tidak kekal.
sama ada aku yang melangkah atau kau yang cuba biar aku tidak peduli.
maaf.

Friday, March 20, 2015

I hate you.

Just hate you.
Kalau aku ada hati yg boleh bicara
Ada jiwa yg boleh express semua
Aku tunjuk.
Aku buat
Macam mana nak berontak?
Macam mana nak bagitau?
Kalau terus aku jujur
Percaya aku , kau tak akan pernah nak sopan dengan aku lagi
Urgh ! Aku rasa bodoh.
Setan ! Jangan ganggu jiwa aku!
Jgn negatif kan fikiran aku!
Sudah lah. Aku penat. Tolong lah.
Aku taknak fikir.
Aku taknak.

Thursday, March 12, 2015

memilih

ini pilihan
sama ada aku terus memilih untuk tinggalkan luka dan ketawa
atau
terus disini menangisi luka yang masih mahu bersama

ini masih pilihan
sama ada aku terus berada dikelompok yang sama
atau
berubah ke episod gembira

dan ianya akan tetap menjadi pilihan
disetiap segala jalan yang Dia bentangkan
pilihan aku terus berada disini atau disana
pilihan aku untuk terus berharap atau tidak
pilihan aku untuk memilih negatif atau husnuzhonNya
pilihan aku untuk terus menangis atau melakar senyuman
masih pilihan aku terus menulis atau bercerita
semua nya masih pilihan.
ini, pilihan aku.
cerita hidup aku.

tapi masih aku disini
diatas kerusi kuning ini dan menulis tentang pilihan

sedangkan masih aku tidak memilih diantara jawapan yang aku ada.
masih tidak aku berganjak memilih diantara jawapan yang aku cipta.
masih tidak aku melangkah ke arah persimpangan di depan mata.

aku cuma perlu bangun dan tolak kerusi ini.
memilih diantara tangisan atau senyuman di kanan dan kiri
memilih diantara bising atau sunyi
memilih diantara mengeluh atau berserah

tapi masih aku disini.
tidak berganjak dengan pilihan.