Monday, April 27, 2015

Takut

Mcm mana takut
Aku masih tak sedih
Macam mana dekat
Aku masih tak terima
Segala kemungkinan
Aku berhenti takut
TTp masih jiwa bergolak
Takut
Takut nak berdepan
Takut nak merasa
Tolong aku takut

Monday, March 23, 2015

Singkat

Waktu.
Aku rasa makin singkat.
Makin aku berfikir, makin aku mendaam rasa.
Makin menjadi singkat.
Makin aku takut.
Makin aku gentar.
Makin aku kejar utk bersedia.
Instinct.
Tp mungkin salah.
Mungkin mainan perasaan jiwa.
Mungkin aku kalah.
Kalah dgn rasa.
Kalah utk berdiri sasa.
Rasa.
Entah. Tak tahu utk bergerak kemana.
Rasa ini tetap ada.
Aku nak bersedia.
Aku nak.
Bila mati, perjalanan lebih jauh dr hidup.

Sunday, March 22, 2015

tak peduli

dah
dah lama aku berhenti peduli.
sampai harini , dia datang dan bercerita.
baru aku sedar , dah lama aku sepi.
dah lama aku tak peduli .
dah lama aku biarkan.
harapan yang pernah aku pegang tu , pergi.
dah pergi.
aku pernah janji utk terus peduli.
utk terus ada disini , tapi aku mungkir weh.
ambil lah kepercayaan tu. aku dah berhenti peduli.
jangan taruh pada aku lagi.
luka aku pergi sekali dengan harapan aku.
itu buat aku berhenti peduli.
sudah lah.maaf cukup aku sudah tidak mampu utk disini dan peduli tentang kau.
kawan atau mungkin lebih strangers.
banyak cerita kau aku tertinggal.
banyak cerita kau buat aku makin tak kenal.
banyak kisah kau buat senyum kita tidak kekal.
sama ada aku yang melangkah atau kau yang cuba biar aku tidak peduli.
maaf.

Friday, March 20, 2015

I hate you.

Just hate you.
Kalau aku ada hati yg boleh bicara
Ada jiwa yg boleh express semua
Aku tunjuk.
Aku buat
Macam mana nak berontak?
Macam mana nak bagitau?
Kalau terus aku jujur
Percaya aku , kau tak akan pernah nak sopan dengan aku lagi
Urgh ! Aku rasa bodoh.
Setan ! Jangan ganggu jiwa aku!
Jgn negatif kan fikiran aku!
Sudah lah. Aku penat. Tolong lah.
Aku taknak fikir.
Aku taknak.

Thursday, March 12, 2015

memilih

ini pilihan
sama ada aku terus memilih untuk tinggalkan luka dan ketawa
atau
terus disini menangisi luka yang masih mahu bersama

ini masih pilihan
sama ada aku terus berada dikelompok yang sama
atau
berubah ke episod gembira

dan ianya akan tetap menjadi pilihan
disetiap segala jalan yang Dia bentangkan
pilihan aku terus berada disini atau disana
pilihan aku untuk terus berharap atau tidak
pilihan aku untuk memilih negatif atau husnuzhonNya
pilihan aku untuk terus menangis atau melakar senyuman
masih pilihan aku terus menulis atau bercerita
semua nya masih pilihan.
ini, pilihan aku.
cerita hidup aku.

tapi masih aku disini
diatas kerusi kuning ini dan menulis tentang pilihan

sedangkan masih aku tidak memilih diantara jawapan yang aku ada.
masih tidak aku berganjak memilih diantara jawapan yang aku cipta.
masih tidak aku melangkah ke arah persimpangan di depan mata.

aku cuma perlu bangun dan tolak kerusi ini.
memilih diantara tangisan atau senyuman di kanan dan kiri
memilih diantara bising atau sunyi
memilih diantara mengeluh atau berserah

tapi masih aku disini.
tidak berganjak dengan pilihan.

Tuesday, February 10, 2015

Hargai

Tak.
Tak ada harapan.
Tapi sesekali datang rasa.
Mesti letak harapan walaupun sikit.
Aku pergi sana.
Aku tengok kasih yang ada
Kenapa aku tak punya yg sama?
Lebih atau kurang sikit dari tu?
Aku fikir. Aku fikir dalam².
Mungkin ada hikmah. Pujuk diri.
Kenapa adik dapat kakak tak ada?
Aku berdiri disini bersama tanggungjawab.
Juga pegang dgn harapan kalian.
Sekurang² nya hargai kehadiran aku.

Manners

im sorry.
tapi tak suka la guna barang org tak bagitau. hish.
ada benda penting main lempaq macam tu ja.
you dont know how struggle i am to get that. just have some manners.nak guna,pinjam.mintak kebenaran pahamak?

Saturday, February 7, 2015

Awkward

Bapak.
Anak rasa awkward dekat rumah sedara sendiri.
Pelik.
Macam tak pernah jumpa.
Padahal dulu anak ni paling rapat.
Anak ni paling cakap tanpa henti.

Sunday, February 1, 2015

Mati

Aku sakit.
Malah semakin sakit.
Mati itu pasti.
Dan semakin hari semakin menghampiri.
Semakin aku rasa dewasa , semakin aku hampir dgn mati.
Risau, mcm mana nak tggalkan mereka tanpa airmata?
Macam mana bersedianya aku nak pulang ke atas sana?
Macam mana berani nya aku nak langkah ke alam berbeza?
Macam mana cukupkah bekalan aku nak di bawa bersama?.
Takut.
Aku takut

Friday, January 30, 2015

Tak apa

Tak apa.
Jangan ambil hati.
Jangan peduli.
Dah puas menegur pun
Bukan awak tak cuba.
Tak apa.
Tunggu nanti. Bila dah jadi apa yg awak risau,awak tengok siapa dia nak cari.
Tak apa tak apa.

Monday, January 26, 2015

.

Aku nak menulis.
Biarkan aku terus menulis.
Aku tenang menulis.
Alahai. Sakitnya hati.
Pedihnya ya robbi.
Entah macam mana aku nak sedih.
Puas dah menangis.
Apa perasaan, when your mother talk behind you?
Ya, aku masih akan terus percaya.
Sbb aku penat.
Penat berharap.kasih yg entah bila akan tiba.
Aku bagai bercinta dengan mimpi.
Merasa manisnya khayalan.
Yg aku bahagia bayangkan sini sana.
Aku setia menanti, setia disisi
Tp masih aku yg tak dipeduli.

Sedarlah

Bila aku nak berubah?
Bila aku mampu cuma menyerah?
Aku tak mahu berharap.
Tapi semakin tidak aku berharap, semakin aku terluka.
Betul.
Ini bukan cuma sekali ni.
Tp berkali².
Aku semakin dan semakin luka.
Berapa banyak onar dia buat, tp masih dia dalam ingatan.
Berapa juta kasih yang aku beri,
Berapa kerap aku sentiasa ada disisi,
Tp masih bukan aku yg dihati.
Aku nak merasa,
Usapnya , kasihnya , pelukannya ,
Sedarlah. Aku masih menunggu.
Walau sampai aku mati.

Friday, January 23, 2015

--

Aku cuma boleh berada disini.
Dan menangis sendiri.
Mengadu dgn diri.
Kesian.
Kesian diri sendiri.
Fikir.fikir.
Jangan berharap.
Takkan berubah pun.
Depa takkan terfikir pun hati awak.

Saturday, January 17, 2015

Buang

Koyak hati sendiri.
Remukkan.
Buang rasa.
Aku tak perlu ini.
Buang kasihan.
Aku benci ini.
Aku patung.
Takdak hati.
Tak. Takpernah ada.
Aku hidup cuma untuk fikir kan hati org ja.
Lagi pukul lumat hati aku.
Hancur kan.
Aku bg waktu sampai aku mati.

Saturday, January 10, 2015

Take care

Aku mimpi.
Berkali tentang kamu.
Bukan sesuatu yg baik ,tp yg sebalik.
Laju jantung aku berdegup.
Takut itu petunjuk.
Mohon itu bukan kenyataan.
Kakak yg satu.
Aku sayang kamu.
Berhenti bicara tntg hilang.
Aku masih mahu ada disini.
Berdiri bersama.
Jaga diri.