Thursday, January 31, 2013

marathon #1

marathon #1
 
Penyair ialah pengunjung pasar kisah,
peraih pengalaman
dan pembeli masa sudah.
kerana aku penyair ,ku penuhi hidupku
dengan kembara dan deria
yang memberat dibahuku.
ku lalui lorong2 hari sepiku
dari gelisah dan payah
dari sedih ke perih.

Di pasar yang dihingari kisah ini
aku dipanggil peraih cerewet
pemilih yang sukar membuat pilihan
pembeli yang keliru dengan tawaran
kerana aku pemilih
aku harus hatihati
pilihan menonjolkan mutu
dan mutu memantulkan peribadi.

No comments:

Post a Comment