Monday, June 10, 2013

warkah buat yang tersayang

assalammualaikum..
yaww..what's up world?*jgn jawab,aku tanya dunia bukan awok.* haha..
ehh,p rock pulak..tgk tittle la..kita slow sikit naa..mood hari ni sway sikit..terhayun kesana kemari..hati dicarik dan di rabak..*woah,ayat mak nokkss..*

WARKAH BUAT YANG TERSAYANG.

Assalammualaikum..

Pertama buat bonda yang tercinta,kakak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. halalkan makan minum kakak.terima kasih atas susu ibu yang tiada tolok bandingnya di dunia mahupun di akhirat.terima kasih atas kasih sayang mu yang tiada erti jemu.terima kasih atas perhatian yang tiada kurangnya.terima kasih atas belaian yang selembut kasihmu.terima kasih diatas segala pengorbanan yang tiada erti kalah.terima kasih atas semangat yang tiada payahnya.terima kasih diatas senyuman tanpa dukanya.terima kasih atas segalanya ya bonda. sehingga ke syurga pon anakmu ini akan sentiasa menjadi anakmu. ibu, kuat ibu itu kuat diri kakak.teguhnya berdiri ibu,teguh itulah kakak berpaut.kadangkala , kakak lupa..kakak terlalu cintakan dunia..kakak terlalu leka dengan kehebatan teknologi dunia.kakak lupa pada kasih sayang ibu yg melimpah ruah..maafkan kakak ibu.kadangkala amarah kakak hanya pada ibu.ibu tahu anak ibu tak pandai nak lepas pada mereka yang luar.maafkan kakak ibu,kadangkala perkataan dr bibir kakak bisa menghiris hati ibu walau dalam senyuman ibu..maafkan kakak ibu..
Ibu..andai kakak pergi dulu sebelum ibu,ibu mandikan kakak dengan kasih sayang ibu ya..jangan jatuhkan air mata mu..kerana kakak tak pernah mampu melihat air mata ibu..usap dahi kakak buat kali yang terakhir..maafkan kakak tak dapat nak tunaikan impian ibu..kakak tunggu ibu disana ya...terima kasih ibu :)

kedua,buat ayahanda yang tersayang.walaupun kakak tulis yang kedua buat ayah,tapi tetap ayah dan ibu yang pertama selepas ALLAH dan Rasul di hati kakak..ayah..ampunkan kakak dari hujung rambut sampai hujung kaki ya ayah..terima kasih atas sesuap nasi yang ayah berikan..terima kasih atas tanggungjawab yang ayah tunjukkan..terima kasih atas kegembiraan dan kesenangan yg ayah sediakan..terima kasih atas setiap pengorbanan yang ayah lakukan..kakak tak pernah lupa wajah lelah ayah teman kakak seharian semalaman di ward walau dalam letih..kakak tak pernah lupa pada semangat ayah lakukan sesuatu utk kesenangan semua..kakak tak pernah lupa pada kelembutan hati ayah dalam garang ayah..ayah..kadangkala kakak terlalu leka pada hiburnya dunia dari tanggungjawab kakak..kadangkala kakak melawan dalam diam bila ayah marah marah..tapi ayah batu loncatan kenapa kakak berada disini sekarang.kata marah ayah,kakak pegang buat semangat.maafkan kakak ..kakak tak pernah lupa,ayah menjadi tangan kanan kakak pada waktu tangan kakak patah dulu...ayah..andai kakak pergi dulu sebelum ayah..imamkan solat jenazah kakak ya..ketuai pemergian kakak ke tempat akan kakak disemadikan..cium lah dahi kakak buat kali terakhir..maafkan kakak tak dapat tunaikan impian ayah..kakak tunggu ayah disana ya..terima kasih ayah.. :)
..
yang ke 3 buat abang2 dan adik..kakak tahu kakak bukan kakak yang sentiasa ada bersama susah dan senang kalian..kakak jauh hanya mendengar cerita..cerita susah dan jerih kalian..abang , kuat lah adik2mu mengharapkanmu..bangun lah dari jatuh bila setiap kali abang tersungkur,abang akan dapat kekuatan abang..jagalah kedua mak ayah sebagaimana kita pernah dimanjakan satu masa dulu..adik..setiap apa yang berlaku ALLAH dah letak hikmahnya..jatuh bangun adik ALLAH nilai dik..kuatlah demi dua cahayamatamu..didunia atau disana kakak tetap menyokongmu..bawa la semangat kakak bersama adik..kakak tak mampu lebih dari ini...andai kakak pergi dulu dari kalian,temankan kakak sentiasa doalah kesejahteraan kakak..kakakk tunggu disana ya..terima kasih kalian :)

yang ke 4,buat sahabat yang sentiasa membantu..ada dikala susah dan senangku..mendengar disetiap ceritaku tanpa jemu..kadangkala aku menyusahkan , mendatangkan meluat bagi kalian..terima kasih kerana hadir dalam hidupku..kehadiran kalian mengajar aku dr sudut negatif mahupun positif..kalian aku hargai , kerana menceriakan masa sedihku..menarik aku bangun dikala aku masih mencari2 diri..kenangan yang dicipta bersama kalian tak pernah aku lupa.zaman universiti lebih banyak mengajar aku erti bersedia untuk berdiri jika aku goyah dan mahu terjatuh..aku sayang kalian dunia akhirat ins'Allah.maafkan aku jika kadangkala bicaraku menghiris hati kalian,perbuatanku menyentuh perasaan kalian..sahabat,andai aku pergi dulu sebelum kalian,datang lah menjenguk jika punya sedikit waktu senggangmu...terima kasih :)




sekian ikhlas tulus dari hati :)

2 comments: