Friday, December 12, 2014

berhenti

bila berseorang baru kita tahu.
duduk berdiam seorang diri
kat situ kita tahu erti
bilamana kita rasa kita peduli dengan diri tapi sebenarnya tidak.
bilamana kita cukup kenal dengan diri tapi sebenarnya tidak.
bilamana kita rasa kita cukup faham dengan situasi tetapi sebenarnya tidak.
dah cukup aku mohon maaf.
tapi sebenarnya pada perkara tidak perlu.
sudah cukup aku kata kesal
tapi ada benda yang lebih perlu aku kesal.
aku lebih rindu hidup aku yang dulu.
bukan tidak ada rasa syukur.
semua yang berlalu pun masih hidup aku.
hidup ni pinjaman.
masih aku mahukan yang terbaik.
setiap apa yang dirancang Allah.
aku mahu menjadi hamba yang tidak lupa dan alpa.
tapi dalam setiap saat yang aku mahu bersyukur, masih ada dua tiga detik yang aku lalai.
aku fikir terlalu banyak.
terlalu banyak kemungkinan yang tidak akan terjadi.
sampai satu masa yang aku rasa give up.
give up dengan menulis.
give up dengan menyanyi.
give up dengan bersembunyi.
kalau betul aku mampu bercakap tanpa peduli hati , aku buat.
kalau betul aku mampu bertindak tanpa peduli rasa , aku buat.
cukup lah. aku penat dihina rasa.
dalam semua ketidaksempurnaan aku , itu masih aku.
dalam segala liku yang aku jalan yang aku harungi , masih itu kehidupan aku.
aku jatuh dan lemah disini , bukan beerti aku masih akan jatuh dan lemah kat depan sana.
jangan di kait rasa lemah aku dengan kekuatan yang aku tak punya.
nak bertahan dari rasa , nak ukir senyuman tanpa paksa ,
semua bukan semudah sekelip mata.
aku perlu berada disitu dan berfikir untuk bangkit.
kalau pun tidak dapat bantu aku , tolong lah bukan dengan terusan mengina dan memaksa.
dah cukup memuncak dengan rasa bersalah.
entah macam mana nak berterus terang. entah macam mana nak bongkar kenyataan.
betapa aku takut nak lukakan hati yang satu ni.
betapa banyak dan seluruh kasih sayang aku jaga hati yang satu ni.
betapa aku takut hilangnya hati yang satu ni.
bantu aku.
tolong berhenti bertanyakan aku.
kalaupun betul peduli, jangan terus memaksa aku.
cukup. aku cuba sendiri.

Friday, December 5, 2014

Menangis

Lama aku tak menulis.
Perangai aku.
Menulis bila sesuatu dihati.
Alhamdulillah.
Berhari² aku rasa bahagia.
Senyum dipipi.
Harini hujan.
Aku betul suka hujan.
Bumi menangis.
Bukan sebab sedih tp sebab lumrah.
Macam mana nak bg org faham?
Menangis bukan sebab lemah tp kekuatan.
Betul. Itu yang aku rasa.
Tapi faham org, menangis sebab lemah.
Yg lemah tu, bila jatuh tp biar diri terus jatuh dan jauh.
Yg kuat tu, bila menangis dan terus bertahan.
Hati kuat.bertahan dan berjuang.

Wednesday, November 19, 2014

Jerit

Rasa nak jeritttttt.
Haih.
Marah pada diri sendiri.
Cuai.
Hati ni dah kenapa?
Tolong lah berhenti.
Tak serik ke?

Sunday, November 16, 2014

Marathon 18

Disebabkan aku cuma manusia.
Banyak silap dan dosa.
Banyak cela dari sempurna.
Banyak luka tapi aku bahagia.
Banyak gentar dan rasa.
Banyak fikiran dan sangka.
Disebabkan aku cuma manusia.
Aku leka pd dunia.
Aku leka cuma pada perasaan.
Aku leka pada seseorang cuma.
Aku leka pada manusia.
Tapi itu semua fikiran aku saja.

Wednesday, November 12, 2014

hati

aku balik semalam.
balik rumah. tanpa rancangan dan tanpa persediaan.
aku jumpa mak dan ayah.
aku tengok muka abang. aku hadam muka adik.
semuanya cinta hati.
malah separuh dari diri.
mak dan ayah tanpa henti bertanya.
tanya itu dan ini.
sampai aku lupa. lupa macam mana nak jawab setiap soalan.
ayah dari ruang tamu sampai ke bilik aku titip pesan.
aku tahu. masing2 nak bercerita.
masing2 nak meluah rasa. tapi aku tak sedia.
jadi aku tadah telinga.aku kunyah setiap bibit cerita.
aku telan dengan payah.
aku tak buat sebarang riak.aku tak tahu. aku tak reti.
aku tak sedia.aku tak bawak kekuatan bersama.
abang tanpa lengah cerita itu dan ini.
sampai lah aku lena. aku tutup telinga.cukup aku tak mampu dah.
esok nya , aku pamit nak pulang.
pulang ke medan tempur. dimana harapan mak dan ayah.
tak tinggal abang dan adik. secebis juga dari aku.
nak ubah segala apa yg ada. nak rungkai segala apa yang berselirat.
aku peluk kuat mak. aku salur sikit kekuatan.
tapi tak cukup.aku tahu itu.tp masih aku rasa hangat peluk tu.
aku peluk kuat ayah. aku rasa selamat.
juga beri sikit kekuatan ke ayah.
aku tidak punya apa utk bantu. cuma itu yang aku ada, KEKUATAN.
tapi bila disini, aku goyah. entah kenapa.
dalam belum pun cukup 24jam aku balik tapi aku tak nampak senyuman ayah, aku tak nampak senyuman mak.
aku kalah ke? aku salah ke? aku nak senyuman kalian.
supaya aku betul kuat kat sini. tapi tak.
aku tahu masing2 pendam rasa. gundah yang tak dicerita.
cerita lah mak. khabarkan lah ayah.
kakak dengar. cuma cukup lah bersedih.
kakak penat menahan hati.
pecah mcm kaca. tak dak apa yang dapat kak sambung.
aku penat buat2 kuat padahal tidak.
aku penat beri senyuman padahal menangis.
kuat lah. kita pegang tangan, hadap sama2. kakak cuba.
setia ada dengan kalian. sampai hujung nyawa.
dan sehingga syurga , semoga kita masih bersama.